Sunday 22 May 2011

Tanah Runtuh Di Kundasang, Ranau Sabah BAHAN DARIPADA RAKAN FACEBOOK -JAISIN TININ

Dalam memanjangkan perkara yang sering berlaku dan menjadi permasalahan masyarakat Kundasang, Ranau sekali lagi SUARA KITA ingin meminta supaya pihak kerajaan dapat mencari punca dan cara penyelesaian yang baik agar semua masyarakat ataupun pengguna jalaanraya tersebut dapat melalui jalan utama Jalan utama yang menghubungkan KK - Ranau @ Sandakan @ Lahad Datu @ Tawau dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Hujan lebat yang turun tidak henti-henti menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan kawasan Kundasang. Tanah di Kundasang yang berbukit-bukit memang berisiko dengan tanah runtuh sejak dahulu lagi. Ini menyebabkan beberapa kesan buruk berlaku.

1. Jalan utama yang menghubungkan KK - Ranau @ Sandakan @ Lahad Datu @ Tawau terjejas kerana   
    kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut.
2. Produk pertanian seperti sayuran terjejas kerana keadaan hujan lebat menyebabkan tanaman rosak.
3. Menjejaskan aktiviti pelancongan di Kundasang
4. Menjejaskan aktiviti ekonomi di Gerai sayur Kundasang
5. Melambatkan kerja-kerja pembangunan pekan Kundasang yang sedang dijalankan.
6. Membahayakan keselamatan penduduk ekoran banyak kerosakan yang berlaku seperti tiang elektrik 
    tumbang
7. Kerugian oleh penduduk ekoran kerosakan harta benda



 

         Petikan akhbar Sabah Lalu

KEJADIAN tanah runtuh di Kampung Pinausuk, Jalan Kundasang-Ranau telah mengakibatkan lebih kurang 300 pengguna tiada bekalan elektrik bermula pada jam 9.00 malam Isnin (7 Februari 2011).

Dalam kejadian tersebut, sebuah tiang Voltan Tinggi / High Tension (HT) SESB telah tumbang dan bekalan elektrik kepada kawasan sekitar Masilau, Lembah Permai, Pekan Kundasang, Kinabalu Pine Resort telah terjejas.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.30 malam pada hari yang sama dan pihak SESB kini sedang dalam proses menggantikan tiang HT berkenaan.






4 comments:

  1. mcm biasalah...masalah ni mana pandai selesai kalau xda tindakan drastik

    ReplyDelete
  2. apa2 pun kita akan setiasa menyuarakan apa saja permasalahan agar tindakan dratik di ambil oleh pihak berkenaan.

    ReplyDelete
  3. pada anda apa tindakan yang perlu iambil..memandangkan corak muka buminya yang sememangnya berisiko utnuk runtuh...apa perlu laluan itu di ubah

    ReplyDelete
  4. muka bumi yg berbukit bukau / bergunung ganang memang berisiko untuk kejadian tanah runtuh....memang ada cara penyelesaiannya. Tapi bukan bererti kita dapat menahan daripada kejadian tersebut...tapi sekurang2nya dapat mengurangkan risiko tanah runtuh berlaku lebih teruk lagi. Contohnya ada beberapa kawasan di sepanjang perjalanan KK - Ranau, ada beberapa " RATING WALL " dibina bagi mengurangkan hakisan dan menahan tanah drpd runtuh...tapi kerajaan kena berkorban untuk mengeluarkan berjuta-juta ringgit untuk melaksanakan projek tersebut...Dan satu lagi, kurangkan penerokaan hutan....maksudnya memelihara kawasan tadahan sungai dan pembalakkan kawasan yang berisiko tinggi untuk runtuh....

    ReplyDelete