Thursday, 8 September 2011

LAMPU JALAN TIDAK BERFUNGSI

Dalam mengawal berlakunya sesuatu perkara jenayah yang lebih xtream berlaku kerajaan perlu mengambil langkah-langkah keselamatan yang ketat. Dalam masyarakat hari ini ramai remaja atau individu yang lebih suka mengambil langkah bodoh untuk melakukan rompakan, rogol, ragut dan sebagainya.

Hal-hal sedemikian selalunya berlaku di kawasan lorong-lorong gelap yang tidak berfungsi lampu jalan dan sebagainya. Jesteru itu SUARA KITA menyeru kepada pihak berkenaan agar dapat mengenalpasti kawasan-kawasan yang lampu jalannya tidak berfungsi seperti di kawasan perumahan swasta, kerajaan, perkampungan atau sebagainya.

Ini bukan saja mengelakkan perkara seperti di atas berlaku, tetapi perkara ini akan menjadi buah mulut pelancung yang berkunjung di negeri ini. Dan perkara ini akan menampakkan kelemahan pentadbiran dan keperhatian kerajaan dalam menangani perkara tersebut.

Pihak SUARA KITA telah beberapa kali mengadukan perkara ini kepada pihak SESB, tetapi jawapan yang diberikan adalah lampu jalan tersebut perlu dipesan daripada luar negeri dan mengambil masa lama. Ini bukan satu alasan yang perlu diberikan kepada orang awam yang memerlukan keselesaan persekitaran, tetapi kesungguhan pihak berkenaan untuk melaksanakan tanggungjawab mereka terhadap keperluan orang awam atau rakyat.

Jadi sekali lagi pihak SUARA KITA memohon agar perkara ini di segerakan supaya kita dapat menikmati keselesaan dalam menjalankan tugas setiap hari. HARAP MAKLUM.

SUARA KITA " RAKYAT DIDAHULUKAN, PENCAPAIAN DIUTAMAKAN "

Monday, 23 May 2011

Kronologi tanah runtuh di Malaysia


  • 11 Disember 1993: 48 maut apabila tiga blok kondominium 12 tingkat Highland Towers di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor, runtuh akibat gelinciran tanah, sekali gus meruntuhkan bangunan berkenaan
  • 25 Disember 1997: Tiga terbunuh selepas tertimbus di bawah runtuhan tanah dan sampah dalam kejadian di Km 17 Lebuhraya Ampang-Hulu Klang, Selangor 
  • 15 Mei 1999: Seorang kanak-kanak berusia empat tahun maut manakala ribuan penduduk di kawasan perumahan Bukit Antarabangsa dan Wangsa Ukay di Jalan Hulu Klang, Selangor, terperangkap apabila tanah runtuh sepanjang 100 meter berlaku dalam kejadian jam 5.20 pagi yang menimbusi satu-satunya jalan keluar masuk ke kawasan perumahan berbukit itu 
  • 2 November 2002: Sebuah banglo di Taman Hillview, Hulu Klang, Selangor milik bekas Panglima Angkatan Tentera, Jen (B) Tan Sri Ismail Omar, yang juga bekas Pengerusi Affin Bank, ranap selepas dirempuh tanah runtuh dari bukit bersebelahan. Kejadian itu mengorbankan isteri Ismail, Puan Sri Azizah Abdul Aziz, anaknya, Hijaz, dua menantu, dua cucu serta dua pembantu rumah Indonesia
  • 31 Mei 2006: empat sekeluarga terkorban akibat tertimbus dalam runtuhan tanah yang memusnahkan 49 rumah di Kampung Pasir, Hulu Klang, Selangor 
  • 30 November 2008: Dua beradik mati tertimbus dalam insiden tanah runtuh di Ulu Yam, Selangor. Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, Noratirah Roslan, 16, dan adiknya Nurul Intan Sarina, 9, tidur dalam bilik mereka apabila tebing di belakang rumah runtuh lalu menghempap bahagian rumah banglo itu 
  • 6 Disember 2008: Tragedi tanah runtuh di Taman Bukit Mewah, Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor, menggemparkan negara apabila meragut lima nyawa selain menimbus 14 banglo
Kredit untuk blog www.pendekar-biru.blogspot.com

Sunday, 22 May 2011

Tanah Runtuh Di Kundasang, Ranau Sabah BAHAN DARIPADA RAKAN FACEBOOK -JAISIN TININ

Dalam memanjangkan perkara yang sering berlaku dan menjadi permasalahan masyarakat Kundasang, Ranau sekali lagi SUARA KITA ingin meminta supaya pihak kerajaan dapat mencari punca dan cara penyelesaian yang baik agar semua masyarakat ataupun pengguna jalaanraya tersebut dapat melalui jalan utama Jalan utama yang menghubungkan KK - Ranau @ Sandakan @ Lahad Datu @ Tawau dalam keadaan yang selesa dan selamat.

Hujan lebat yang turun tidak henti-henti menyebabkan beberapa kejadian tanah runtuh di sepanjang jalan kawasan Kundasang. Tanah di Kundasang yang berbukit-bukit memang berisiko dengan tanah runtuh sejak dahulu lagi. Ini menyebabkan beberapa kesan buruk berlaku.

1. Jalan utama yang menghubungkan KK - Ranau @ Sandakan @ Lahad Datu @ Tawau terjejas kerana   
    kenderaan tidak dapat melalui jalan tersebut.
2. Produk pertanian seperti sayuran terjejas kerana keadaan hujan lebat menyebabkan tanaman rosak.
3. Menjejaskan aktiviti pelancongan di Kundasang
4. Menjejaskan aktiviti ekonomi di Gerai sayur Kundasang
5. Melambatkan kerja-kerja pembangunan pekan Kundasang yang sedang dijalankan.
6. Membahayakan keselamatan penduduk ekoran banyak kerosakan yang berlaku seperti tiang elektrik 
    tumbang
7. Kerugian oleh penduduk ekoran kerosakan harta benda



 

         Petikan akhbar Sabah Lalu

KEJADIAN tanah runtuh di Kampung Pinausuk, Jalan Kundasang-Ranau telah mengakibatkan lebih kurang 300 pengguna tiada bekalan elektrik bermula pada jam 9.00 malam Isnin (7 Februari 2011).

Dalam kejadian tersebut, sebuah tiang Voltan Tinggi / High Tension (HT) SESB telah tumbang dan bekalan elektrik kepada kawasan sekitar Masilau, Lembah Permai, Pekan Kundasang, Kinabalu Pine Resort telah terjejas.

Bekalan telah berjaya dipulihkan secara berperingkat bermula pada jam 9.30 malam pada hari yang sama dan pihak SESB kini sedang dalam proses menggantikan tiang HT berkenaan.






Thursday, 12 May 2011

KEHIDUPAN DAN KEMUSNAHAN " SIGN BOARD " DI JALAN KM 1 BEAUFORT KK DAN CONTENGAN PADA DINDING BANGUNAN PEKAN BEAUFORT


SUARA KITA....Vandalisme ialah perbuatan merosakkan harta benda awam oleh golongan tertentu yang tidak bertanggungjawab. Rata-rata perbuatan ini dilakukan oleh golongan remaja atau belia yang terpengaruh dengan budaya `punk’ dan `rock’ dari Barat. Biasanya golongan remaja seperti ini adalah golaongan remaja yang mengalami konflik jiwa yang hebat serta tertekan dan merasakan kehidupan mereka seperti keseorangan. Maka dari itu mereka menganggap dunia ini tidak bermakna buat dirinya. Kesunyian ini akan menyebabkan mereka melakukan vandalisme untuk menarik perhatian orang ramai. 

Seperti kehidupan " SIGN BOARD " diperhenti bas ini. Kenapa ianya patut dimusnahkan sedangkan ia memberi banyak faedah kepada kita. Di manakah letaknya kesedaran dikalangan remaja kita pada hari ini...??? 

Walaupun perbuatan vandalisme tidak memudaratkan dan membawa kerosakan yang kekal, tetapi perbuatan ini akan mencemarkan tempat tumpuan orang ramai dan pentadbiran sesebuah daerah ataupun negeri tersebut.

Kesimpulannya, masyarakat boleh memainkan peranan penting dalam memberi kefahaman betapa buruknya akhlak mereka yang melakukan vandalisme. Misalnya, ibu bapa sebagai orang yang terdekat dengan remaja patut mendidik anak-anak dengan contoh teladan baik serta mengasihi dan meluangkan masa bersama anak-anak agar tidak timbul fenomena kebosanan dan kekosongan di hati remaja. Pihak sekolah pula boleh menerapkan kesedaran untuk membentuk remaja berjiwa sihat dan berfikiran matang sebelum melangkah ke alam dewasa.

Dan kepada pihak Majlis Daerah Beaufort dan pihak Jabatan Kerja Raya supaya dapat mengambil tindakan segera dalam membaikpulih keadaan " SIGN BOARD " tersebut supaya tidak mencacatkan pandangan terutama pelancong yang berkunjung di daerah Beaufort.


SEKIAN DAN HARAP MAKLUM.

Wednesday, 11 May 2011

JALAN BAKALAU BATU 1 ROSAK TERUK - HARUSKAH DIBIARKAN????




kerosakan jalanraya ini telah berbulan-bulan lamanya....bilakah ia akan diperbaiki.....pernah suatu ketika kira-kira jam 2.30pagi hujung tahun lalu...sebuah kenderaan Toyota SR telah terbalik 3 kali apabila memandu dan menekan brek ketika lalu dijalan tersebut...apakah perkara ini kita mahu berulang lagi...dah tentu tidak...jadi apakah tindakkan kita selanjutnya...dimanakah permerhatian pihak yang patut mengambil tindakkan mengenai perkara ini...jadi sebagai SUARA KITA..kami memohon supaya pihak tertentu atau berkenaan dapat mengambil tindakan selanjutnya...

Tuesday, 10 May 2011

SUARA KITA

ASSALAMUALAIKUM,

SUARA KITA.......Sebagai seorang rakyat yang merdeka di bawah perlembagaan negara yang berdemokrasi, tidak salah untuk kita mengutarakan SUARA KITA sebagai satu suara yang mempunyai hak untuk mengubah atau menegur perkara-perkara yang tidak terpandang atau terfikir oleh kerajaan mahupun rakyat.
Perkara yang membawa kepada kepentingan pembangunan dan keselesaan kita sebagai rakyat yang merdeka dibawah satu payung pentadbiran demokrasi.........JADI...lemparkan...utarakan SUARA KITA demi pembangunan dan memperbaiki sistem pentadbiran negara di dalam blog ni....

KERANA...blog ni akan menyampaikan SUARA KITA kepada barisan pemimpin yang boleh membantu kita untuk membawa SUARA KITA kepada kerajaan...semoga apa yang kita usulkan, cadangkan, kritikan,  rasa tidak puashati terhadap fenomena dunia kita hari ini. Dan semua perkara ini akan kita usulkan kepada mereka yang bertanggungjawab demi masa depan generasi kita yang akan datang...

SEKIAN...WASSALAM...